sama kaki

Wednesday 18 January 2012

nikmat





next paper ; histology + anatomy ^^, doakan . 

Assalamualaikum . :)

currently , baru habis dua paper untuk final sem 1 ni ; physiology dan biochemistry . Alhamdulilah . walaupun tak terkira rasanya jawapan 'bidaah' yg aku kasi . =='' Macam mana nak jadi doktor hebat ni ? Soalan yg mmg selalu berlegar berpusing dan dot dot dalam kepala aku setiap kali lepas exam . dan setiap kali itu , aku soal balik , betul ke pilihan aku ambil perubatan ni ? kenapa tak pilih kejuruteraan ? musykil2 .



so , aku rasa kena banyak muhasabah diri atas apemende yang sudah sedang mahupun yang akan terjadi . teringat waktu sekolah kat SHAMS . zaman dolu2 . petang2 ada kelas fardhu ain pastu mesti la sebelum mula kena nasyid sikit . blow the spirit . eceh . sound like this ;

'Umat Islam harus cemerlang , hari ini mesti lebih baik dari semalam' lalalala ~

alah , semua konfem tahu lagu ni . femes ape ? kan? :S

point kat sini , aku mesti sedaya upaya buaya membaiki kesalahan kesilapan dan sebagainya . senang cakap jadi lebih baik . bak kata ustaz aku , "orang Islam tak kan jatuh dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya" peribahasa Melayu juga ada mengungkapkan 'belakang parang kalau diasah lagikan tajam' eh , betul ke? tapi agak2 macam tu la . kalau sudah bergelar manusia , sememangnya kita tak akan lari dari kesilapan . nobody is perfect maaa .



that's the end , bebelan kali ini :)

 p/s: nak sambung baca buku .
p/s2 : coming soon , nak tulis pasal cousin aku nak tunang .yuhuuuuu . boy 20's . k tata .

Monday 2 January 2012

Ada Apa Dengan 2012?

2012 ni nak jadi lebih matang dan lebih tabah . sekian .
***************
bangun tidur , siap2 , sarapan , naik tremco , turun tremco , masuk bilik kuliah , buka buku ,  study , berangan? hmphhhh  XD , tutup buku , keluar bilik kuliah , lepak+makan , masuk lab , cucuk jari keluar darah , keluar lab , balik , naik bas , turun bas , sampai rumah , makan , online , study , tidur zzzzz .
ape jadah ntah aku tetibe citer jadual aku hari ni . ==''  tapi kepada adik abang kakak pak cik mak cik nenek atuk dan seumpamanya , nak beri pengkhabaran bahawa saya , Nurul Syuhada binti Anuar pelajar berwibawa abad ini . *ehem* bakal berpeperiksaan pertengahan tahun . Doakan saya najah tau . 




btw, ni hasil kerja masa lapang . ahaha . ~nampak beno nipu lapang tu~ 


p/s : tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad . MUMTAZ FOR UMMAH . insyaAllah :)

Thursday 15 December 2011

majlis pengijazahan sanad | masjid soleh al jaafari

Assalamualaikum
mood : sharing the precious moments

*ruang solat wanita tingkat atas masjid soleh al jaafari . lawa design lobang2 tu*














Majlis pengijazahan sanad kitab yang ditulis oleh Sheikh Soleh Al Jaafari dari cucunda Sheikh Soleh yakni Sheikh Abdul Ghani . Tajuk kitab susah nak sebut plus tak reti tulis . -.-'' Yang penting , kitab ini berkisar mengenai rahsia dan kelebihan kalimah tauhid . Sheikh Asyraf , imam 3 Masjid al Azhar mengajar kitab ni di Rumah N9 Kaherah seminggu sekali . *tapi aku selalu pasang telinga kat bilik je tak turun musolla . ishk3.

ok. ni baru sikit membebel .

Seronok join majlis ni sebab :

1. Naik tramco free . warna putih macam bas mini kalau kat Malaysia . errrr perlu bagi tau ke?

2. Jalan jalan sekitar Cairo usha2 pemandangan malam tapi setakat Hayyu Sabi' - Abbasiyah je la . *padahal hari2 pegi kuliah sama jerrr*

3. New experience , majlis dengan ulama' dikelilingi orang arab . Kalau kat Malaysia join majlis yang Yayasan Sofa buat jelah . >.<

4. Makan free . huhu . Teringat Auni kata makanan paling best dalam dunia ialah makanan free . cehh .

5. Dapat jumpa sseorg yg aku tak sangka jumpa kat Mesir ni . ohohoho . rahsia lerrr . *lari tajuk*

yeah . kalau aku tak ambil gambar dengan gang macam tu bukan aku . heee



senget? abaikan .tak best kalau tak suap . just demo ok . peace ^,^V

Sini makan dalam mangkuk besar dengan sudu . kat Malaysia pakai dulang sudaaa . 

 Nasi Arab . Alhamdulilah bukan senang nak dapat makan lauk daging . *kat sini daging mahal *

Lepas makan nasi Arab minum syai (teh) plak .

teruja jumpa budak kecik . ehehehe .




pelajar N9 bergambar dengan sheikh sebelum balik . usha dari tingkat atas . p/s :  chandeliar tu lawa kan?

haruslah posing sebagai kenangan sebelum balik . tiada dalam gambar : Aku  . sobs .

Last but not least . Ikhlaskan niat , teguhkan matlamat . Kejayaan tak akan datang bergolek . Keep fighting , Syuhada !